Pernah ta terfikir tentang nikah gantung ni,?
Cinderella sbnarnya baru tahu...
Sebab cinderella terfikir taw,,
sekarang ni,
perbuatan maksiat,zina, terlalu berleluasa sampaikan kes pembuangan bayi pun meningkat...
Mana lah tahu,,
1 hari nanti,,
cinderella sendiri yang akan terpengaruh dgn persekitaran yg kurang baik ni..
(Minta2 di jauhkan lah yee~ )
So, cinderella terfikir akan jalan penyelesaiannya supaya perkara yang ta baik ni dapat dibendung dan tak berleluasa..
Adalah dgn cara "Nikah Gantung"..
Nikah Gantung ni adalah pernikahan yg hanya melakukan majlis pernikahan sahaja...tanpa majlis perkahwinan...
Bukan lah majlis perkahwinan tu ta bole dibuat,,bole tapi, ikut lah kemampuan sbb biasa nya yang melakukan nikah gantung ni adalah student2, org yg kemaruk na berkahwin dan org yg kurang berkemampuan..
Takut makwe @ pakwe dirampas oleh org lain,,maka mereka sanggup untuk merancang nikah gantung..
Sebelum membuat keputusan nikah gantung ni, terlebih dahulu minta izin ibu bapa dahulu, jangan buat ikut nafsu sahaja, sebab masih banyak lagi tanggungjawab yang belum kita selesaikan terutamanya tanggungjawab sebagai seorang pelajar, tanggungjawab anak kepada ibu bapa yang berharap anak mereka memdapat kejayaan dalam pelajaran dan banyak lagi. Kalau ibu bapa bagi kawin, maka ia tidak menjadi masalah untuk melaksanakan perkahwinan. Redho ibu bapa ini penting sebab di situ ada keberkatannya. Hadis Nabi yang bermaksud :
“Redho Allah itu atas redho kedua ibu bapa”.
Janganlah kita mengecewakan kedua ibu bapa kita kerana cinta dan perkahwinan tanpa redho mereka. Takut-takut hidup kita tak bahagia dan tidak aman, kerana balasan orang yang mengecewakan atau derhaka kepada kedua ibu bapa akan disegerakan balasannya di dunia.
Dalam hal yang lain juga perlu kita perhatikan, seperti tanggungjawab yang akan dipikul oleh orang yang sudah berkahwin, mampukah dia melaksanakan perkara tersebut seperti memberi nafkah, perlindungan, kebahgiaan dan sebagainya. Kalau mampu maka anda layak untuk berkahwin. Haram berkahwin bagi orang yang tidak mampu melaksanakan tanggungjawabnya terhadap isterinya.

Tidak boleh bersama bagi penganting lelaki yang belum bayar maskahwin kepada isterinya, kerana maskahwin adalah wajib, jika dia gagal membayarnya, maka dia tidak boleh lagi bersama dengan isterinya. Kalau boleh jangan berhutang maskahwin sebab dia tidak mahal. Beza dengan hantaran, kadang-kadang kita dengar hantaran sampai puluh-puluh ribu. Perkahwinan ini bertujuan untuk mencari keberkatan dan mencari kebahgiaan, janganlah sampai menyulitkan atau memayahkan pihak penganting lelaki dengan jumlah yang tinggi sehingga dia terlibat pula dengan hutang. Penganting lelaki dan perempuan boleh bersama jika wang hantaran belum dibayar, kerana hantaran adalah sunat. Tentang maskahwin pihak pengantin lelaki boleh berbincang dengan pengantin perempuan dengan cara yang baik. Kadang-kadang ada pengantin perempuan yang sanggup berikan duit maskahwin kepada suaminya untuk kegunaan tertentu seperti belajar, yuran dan sebagainya, maklumlah pengantin lelaki masih belajar. Ada setengah wanita dia tetapkan maskahwinnya murah dan ada yang minta Al-Quran sahaja. Apa-apapun berbincanglah dan selesaikanlah segala kesukaran dengan cara yang baik dan hikmah.
Kalau benar lah si Adam mencintai si Hawa sepenuh haty,,
Walau lama mana skalipun,,
Si Adam tetap akan menunggu Si Hawa dengan haty yang tenang..
:)
0 kata-kata budak comel :):
Post a Comment