Bismillah..
Malam tadi,,, tiada apa yang saya lakukan... hanya lah dok tgk tv saja dirumah... tiba2 tumpuan saya beralih kpd 1 iklan yang agak menarik ceritanya... cerita itu,,, La ikro ha fiddin.. kisah kehidupan dan percintaan yg agak menarik.. rugi lo kalau tidak menontonnya..
jalan ceritanya bermula:
Dr Edward (zack) seorang pemuda beragama kristian, bertugas di klinik desa Paloh Hinai. Di kampung ini, Dr edward berkenalan dgn seorg gadis bernama nurlia (sharifah amani) anak kepada imam Taha yang mempunyai pegangan agama yang kuat dan merupakan seorg guru mengaji al-quran..
Perkenalan mereka akhirnya membuahkan perasaan cinta anta Dr edward dan nurlia.. Persahabatan ini tidak disenangi oleh Samiri (Fauzi Nawawi) bekas tunang Nurlia.
Samiri mula membuat fitnah atas sebab cemburu akan persahabatan antara Nurlia dan Dr.Edward..
Dr edward seorg doktor yg baik hati dan di hormati di kampung itu kerana sikap baiknya yang suka menolong org tanpa mengira bangsa dan agama.
Dr edward telah menyatakan isi hatinya pada nurlia.. Dia pernah kehilangan kekasih haty nya dulu,,nurlisa..akibat kemalangan.. dan kini... nurlia adalah segala-galanya...
Dr edward: ada sesuatu yang saya ingin dptkan dlm dunia ini, tapi saya rasa mustahil saya akan mendapatkannya
Nurlia: apa dia yang awak xdapat dlm dunia ini sehingga awak terpaksa mencuri untuk mendapatkannya?
Dr edward: hati awak..
Dr edward akhirnya menemui Pak imam Taha.. Pak imam memberitahu dr edward bahawa nurlia menghidap penyakit barah haty yg kronik.. oleh krana itu, Nurlia menolak cinta Dr. Edward kerana x mahu Dr edward kecwa lagi utk kali ke2..kerana dia juga akan mati..
Dr edward tlh menemui sister maria dan mmberitahu bhwa dia telah jatuh cinta kpd islam.. dan dia juga tlh memilih nama "Daud" sbg nama islamnya.Dia tlh mengAmanahkan kpd sister maria 4 kping surat sekiranya ada apa2 berlaku kpd dirinya.. 1 kpd Mrs Wong,, 1 kpd Doraisamy,,1 kpd Parentsnya,, dan 1 lg utk Nurlia..
Di satu kawasan berbukit,, Dr.edward didatangi oleh Samiri.. Samiri yang sungguh tidak puas haty dgn Dr. edward telah menolak Dr.edward jatuh dr bukit.. Dr edward pun meninggal dunia.. Samiri ditangkap oleh polis ats kesalahannya..
Dr edward telah mendermakan sepasang matanya utk Doraisamy,, sepasang Buah pinggangnya utk anak Mr.wong.. dan dia juga tlh mendermakan hatynya utk Nurlia...
Sungguh besar pengorbanan yg tlh dilakukan oleh Dr.edward a.k.a Daud..
0 kata-kata budak comel :):
Post a Comment